Kedah sasar tempat ketiga

0
78
Advertisement



IPOH: Kedah menetapkan sasaran baharu iaitu kedudukan ketiga Liga Super setelah menyedari peluang muncul naib juara terkubur selepas sekadar seri 0-0 dengan Perak, di Ipoh, semalam.

Pengurus skuad Lang Merah, Syed Khairol Anuar Syed Abidin mengakui Kedah terpaksa melupakan impian awal berikutan kegagalan meraih mata penuh ke atas Perak.

Katanya, Kedah berharap dapat melaksanakan hasrat itu apabila melayani kunjungan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam perlawanan terakhir mereka di Alor Setar.

“Insya Allah tempat ketiga boleh kerana kami bermain di tempat sendiri. Berdasarkan persembahan malam ini (semalam) saya percaya Kedah boleh menumbangkan PKNP,” katanya.

Pada perlawanan semalam, jurulatih Kedah Nidzam Adzha Yusoff menurunkan beberapa pemain Piala Presiden berikutan kecederaan ramai pemain utamanya.

“Walaupun menerima tekanan hebat tuan rumah, Kedah berjaya bertahan dengan taktikal disiplin. Malah, beberapa kali juga Lang Merah berjaya membolosi kubu Perak cuma tidak mempunyai penyudah.

“Saya berpuas hati dengan persembahan pemain muda yang diturunkan. Mereka tidak menghampakan pasukan walaupun turun dalam perlawanan besar seperti ini,” katanya.

Kedah kini berada pada tangga kelima carta liga dengan jumlah 32 mata dan dijangka boleh mengutip mata penuh dalam aksi terakhir pada hujung minggu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here