'Kedudukan kewangan negara masih kukuh' – Irwan Serigar

0
541
Advertisement

DUNGUN: Pelaksanakan pelbagai projek pembangunan tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain serta pengagihan sumbangan kepada rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara konsisten membuktikan kedudukan kewangan negara masih kukuh.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, rakyat juga tidak perlu bimbang dengan tohmahan pembangkang yang mendakwa negara akan muflis akibat membayar hutang pihak tertentu.

Menurutnya, kedudukan kewangan mencukupi adalah asas yang membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat di negara ini.

“Iniliah hasil kerajaan yang dipulang balik kepada rakyat dalam bentuk projek pembangunan seperti UTC (Pusat Transformasi Bandar), RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar), projek jalan raya dan juga pemberian bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

“Jadi tidak betul kalau menyatakan kerajaan ini akan meminjam lebih atau kerajaan tidak mempunyai duit.

“Setelah membuat pengiraan, kewangan kerajaan adalah mencukupi untuk membina dan menjalankan program-program tersebut,” katanya selepas program MoF Bersama Rakyat anjuran Jabatan Akauntan Negara di Dungun pada Ahad.

Menurutnya, dakwaan kononnya negara bakal bankrap hanya satu cubaan mengelirukan rakyat, selain mencuri tumpuan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jelasnya, kedudukan kewangan negara yang berada pada tahap terbaik adalah hasil kecekapan sistem pengurusan hasil negara, selain konsep perbelanjaan berhemah dilaksanakan kerajaan tanpa mengenepikan kepentingan agenda pembangunan serta pemerkasaan ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here