Kehilangan terjawab

0
44



Tangkak: Kehilangan misteri seorang wanita warga emas terjawab apabila mangsa yang ‘ghaib’ sejak petang Jumaat lalu ditemui lemas di dalam parit.

Difahamkan penemuan basikal milik mangsa di dalam parit 150 meter dari rumahnya di Kampung Simpang 5 Darat, Bukit Gambir di sini, petang kelmarin, menyelesaikan kes kehilangan mangsa sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, mayat Mariam Sukon, 74, ditemui penduduk yang melalui kawasan itu kira-kira jam 5 petang sejurus menemui basikal di dalam parit berhampiran kebun sayur di kampung itu.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Gambir segera ke lokasi kejadian sebelum mendapati mayat seorang wanita Melayu berada di dalam parit dan dihempap basikal itu.

“Berdasarkan siasatan awal, anak mangsa memberitahu ibunya keluar berbasikal kira-kira jam 5 petang untuk pergi berurut kerana mengalami sakit badan.

“Mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah sebelum usaha mencarinya dilakukan,” katanya.

Katanya, ahli keluarga mangsa memaklumkan wanita warga emas itu juga mempunyai masalah daya ingatan.

Mohad Idris berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serom 8, kelmarin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here