Keita teruja terima nombor lapan

0
295
Advertisement



LIVERPOOL: Pemain tengah Liverpool, Naby Keita mengakui tidak menyangka legenda kelab itu, Steven Gerrard menyerahkan sendiri jersi bernombor lapan ikonik kepadanya ketika majlis penyerahan di pusat latihan Melwood.

Membesar sebagai peminat The Reds, pemain kelahiran Guinea itu sememangnya meminati Gerrard yang sebelum ini memakai nombor berkenaan pada 2004 sehingga 2015.

“Saya terkejut,” kata Keita yang sebelum ini beraksi bersama kelab Jerman, RB Leipzig. “Apabila saya datang ke sini pada hari berkenaan, saya tidak tahu Steven ada di Melwood.

“Sesuatu yang cukup mengujakan apabila jersi itu diserahkan sendiri olehnya. Saya menonton permainannya ketika saya membesar. Saya pemain tengah dan Steven sentiasa bos dalam pasukan, jadi saya tidak boleh menjadi orang lain selain Steven apabila saya bermain.

“Saya mengaguminya jadi ia adalah hari yang istimewa. Dia memberitahu saya..semua orang akan berada di sini untuk kamu. Kami akan membantu kamu.

“Ketika saya masih kanak-kanak, nombor lapan sentiasa angka yang saya minati. Bapa saya menggunakannya ketika dia bermain dan saya sedar di Liverpool ia adalah nombor yang besar.

“Tetapi saya tidak akan meletakkan sebarang tekanan tambahan terhadap diri saya. Saya fokus untuk memberi sumbangan terhadap pasukan ini.”

Turut mendapat minat gergasi Jerman, Bayern Munich dan juara Sepanyol, Barcelona, Keita akhirnya berjaya dipancing Liverpool dengan nilai £52.75 juta pound (RM281.57 juta).

“Saya mempunyai keinginan yang besar untuk menang. Kerana itu saya agresif, dari sudut yang positif. Keutamaan saya di atas padang adalah bertahan dengan baik dan jangan melepaskan gol. Saya sentiasa pemain yang mengutamakan pasukan.” – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here