Keith Foo timang anak perempuan

0
45


KEITH foo berkongsi berita gembira simbolik tangan anak dan isterinya semalam di Instagram.

KUALA LUMPUR: Pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose, Keith Foo, bergelar ayah apabila isterinya menimang cahaya mata pertama mereka, semalam.

Berita itu dikongsinya di Instagram yang menunjukkan tangan si kecil menggenggam jari isterinya, Kim Raymond bersama kapsyen yang menunjukkan perasaan bahagia.

Kim difahamkan melahirkan cinta hati mereka yang juga bayi perempuan di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor.

Bagaimanapun usaha mendapatkan perincian lanjut mengenai kelahiran anaknya itu tidak berbalas sebaliknya beliau hanya menjawab ucapan tahniah menerusi aplikasi WhatsApp dengan ringkas.

“Terima kasih. Allah merahmati kamu,” katanya sebagai tanda terima kasih di atas layangan tahniah daripada media.

Sementara itu, menerusi keterangan gambar genggaman jari kedua-dua insan disayanginya itu, Keith meluahkan perasaannya di atas kehadiran si kecil.

“Saya tak pernah sangka akan jatuh hati dengan perempuan lain (merujuk kepada anak mereka), tetapi hari ini saya melakukannya,” tulisnya di gambar yang meraih lebih 16,000 likes dan hampir 900 komen.

Sementara itu, isterinya pula menerusi laman Instagram peribadi memuat naik puisi yang cukup bermakna berjudul When Two became Three.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here