Kejam! Gadis 16 tahun dikurung, dibotakkan sebelum dirogol

0
27
Advertisement

EMPAT individu telah dituduh merogol dan menyerang seorang gadis remaja berusia 16 tahun dengan kejam di Massachusetts, Amerika Syarikat.

Polis berkata, mangsa telah dikurung dalam sebuah bilik bawah tanah, sementara rambutnya dicukur dan tubuhnya ‘dikerjakan’ dengan rokok dan parang.

Menurut polis, mereka yang tertuduh merupakan pasangan adik beradik Krystal Lugo, 23 tahun dan adiknya Christopher Lugo, 19 tahun.

Turut terlibat adalah teman lelaki Krystal iaitu Yariel Torrest-Abee, 22 tahun, dan Yuleny Ortiz, 19 tahun.

Mereka didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk menculik dan menyerang.

Memetik laporan Daily Mail, gadis berkenaan menjadi sasaran selepas dia mendapat tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan di sebuah rumah.

Suspek berkenaan tidak membenarkan remaja tersebut untuk meninggalkan rumah berkenaajn dan mengikatnya ke kerusi untuk ‘disoal siasat’.

Dua daripada suspek turut menyerang remaja berkenaan secara seksual.

Menurut polis lagi, mangsa telah diculik sejak Krismas dan berjaya ditemui polis di ruang bawah tanah itu pada 27 Disember lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here