Kejam! Ibu tergamak seret anak perempuan 4 tahun dengan motosikal

0
99
Advertisement
KLATEN: Seorang kanak-kanak perempuan diseret ibu kandungnya di atas jalan raya dengan motosikal hingga mengalami kecederaan pada kakinya.

Rakaman CCTV penderaan terhadap kanak-kanak berusia 4 tahun itu kini tular di media sosial di Indonesia dan mengundang kemarahan para netizen.

Kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan teruk di bahagian lutut dan tapak kakinya dalam kejadian yang berlaku di Dusun Balong, Desa Paseban, Kecamatan Bayat, Klaten pada Khamis.

Kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan teruk di bahagian lutut dan tapak kakinya. -Instagram @infocegatansukoharjo
Setelah menyeret anaknya, si ibu didakwa melanggar beberapa orang awam yang sedang berkumpul bermain karom dekat lokasi kejadian.

Mangsa dilaporkan sudah menerima rawatan di pusat kesihatan berdekatan manakala ibunya kini ditahan.

Mangsa dilaporkan sudah menerima rawatan di pusat kesihatan berdekatan manakala ibunya kini ditahan. -Instagram @infocegatansukoharjo
Dalam pada itu, laporan di portal Solopos menyebut bahawa si ibu mangsa dipercayai mengalami kemurungan kerana anak pertamanya didakwa turut didera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here