Kejayaan Les Bleus buat Laporte 'jauh hati'

0
66
Advertisement



NEW YORK: Aymeric Laporte berkata, dia cemburu menyaksikan kejayaan Perancis menjuarai Piala Dunia ketika dia masih bergelut bagi menentukan kerjayanya di pentas antarabangsa bersama Sepanyol.

Tonggak pertahanan Manchester City kelahiran Perancis itu yang turut layak mendapat kerakyatan Sepanyol selepas lapan tahun beraksi bersama Athletic Bilbao mewakili Les Bleus di peringkat remaja tetapi gagal membuat penampilan di peringkat senior.

Kini, jurulatih baharu Sepanyol, Luis Enrique difahamkan mahu dia menyertai pasukan itu menjelang kempen kelayakan Euro 2020.

Dua tahun lalu ketika bersama Bilbao, Laporte disaran oleh jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui untuk memikirkan potensi bagi dia menukar kewarganegaraan.

Dia selepas itu dipanggil bagi menyertai skuad Perancis dan menegaskan pendiriannya untuk mewakili negara kelahirannya.

Bagaimanapun, kegagalan mendapat tempat dalam skuad kendalian Didier Deschamps menyaksikan Enrique menggesa dia untuk mengubah fikirannya, menurut laporan Mundo Deportivo minggu lalu.

Kegagalan Sepanyol pada kempen Piala Dunia 2018 selain ketiadaan pengganti kepada pertahanan seperti Sergio Ramos dan Gerard Pique membuatkan Laporte dilihat sebagai calon yang sesuai.

Laporte enggan mengulas mengenai masa depannya di pentas antarabangsa mengenai laporan media di Sepanyol ketika jelajah pramusim City di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu mengakui perasaannya bercampu baur menyaksikan Perancis menjulang trofi Piala Dunia.

“Secara jujurnya, saya cemburu. Keputusan sudah dibuat dan kamu perlu menerimanya, inilah yang berlaku dalam bola sepak.

“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila saya tidak terbabit dengan skuad Perancis, lagipun saya tidak pernah berada dalam pasukan sebelum ini.

“Namun, saya sedikit kecewa kerana tidak terbabit,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here