Kejutan Shila Amzah buat suami pada majlis resepsi

0
498
Advertisement
Penyanyi Shila Amzah dan pasangannya Haris Idraki Elias mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Putrajaya, malam tadi.

Bertemakan perhiasan China ketika era 60-an atau ‘Chinoiserie’, majlis resepsi tersebut dihadiri kira-kira 800 tetamu yang  terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan daripada kedua-dua keluarga mempelai.

Bak puteri raja, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah memukau hadirin dengan gaun hitam yang direka khas oleh pereka kegemarannya manakala puteranya Haris segak dengan sut hitam yang sedondon.

Shila dan suaminya Haris Idraki pada majlis resepsi di sebuah hotel di Putrajaya pada malam Ahad.

Majlis resepsi ini turut dimeriahkan dengan persembahan lagu Mandarin terbaharu Shila, ‘If We Are Getting Old’ buat pilihan hatinya sebagai tanda penyatuan cinta mereka.

Bukan itu sahaja, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kejutan oleh kumpulan Ruffedge yang menyanyikan lagu Bila Rindu buat Shila dan pasangannya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Rakan-rakan artis yang hadir  termasuk pengacara Fara Fauzana, Jihan Muse dan pelakon, Zarazya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here