Kekeliruan jantina: 'Nur Sajat, dekati Al-Quran dan banyakkan berzikir' – JAKIM

0
22
Advertisement

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat bagi meleraikan isu kekeliruan identiti dan jantinanya.

Hasrat itu disuarakan dalam satu kenyataan terbuka di laman media sosial Facebook milik Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM, Dr Izwan Yusof.

“Saya berhajat untuk berjumpa Nur Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.”

“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke JAKIM untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7.

Sejujurnya, pihak Jakim sedia membantu dan memberi khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam.

“Sajat, dekati Al-Quran dan banyakkan berzikir kerana ia akan membantu jiwa lebih tenang,” nasihat Jakim kepadanya.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Facebooknya bersetuju hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama Sajat.

“Assalamualaikum, Dr Izwan Yusof, setuju dan aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum.”

BACA: “Kalau dulu, tak puas hati boleh santau, sekarang….” – Nur Sajat tak layan ‘haters’

Sebelum ini, Nur Sajat yang dipercayai nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 33 tahun, menjadi tular di laman sosial apabila ada yang mendakwa nama sebenarnya adalah sehingga mencetuskan spekulasi mengenai jantina sebenarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here