Keluar waran tangkap pewaris Red Bull

0
42


WORAYUTH Yoovidhya.

BANGKOK: Pihak pendakwa raya Thailand hari ini berikrar mendapatkan waran tangkap pertama ke atas pewaris kekayaan Red Bull selepas sekali lagi gagal hadir untuk mendengar pendakwaan berhubung kes langgar lari pada 2012 membabitkan Ferrari miliknya yang menyebabkan seorang anggota polis maut.

Tindakan itu dibuat selepas bertahun-tahun pihak awam berang dengan proses pendakwaan yang perlahan manakala pengkritik berkata ia ada kena mengena dengan amalan “terlepas dari hukuman” yang dinikmati golongan elit dan hartawan yang ada hubungan baik dengan pihak tertentu.

Worayuth Yoovidhya, atau gelarannya ‘Boss’ berusia 27 tahun ketika didakwa memandu Ferrari dan merempuh seorang pegawai polis pada awal pagi dan mengheret polis malang itu sejauh beberapa ratus meter sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Jurucakap pejabat Peguam Negara, Prayut Bejraguna memberitahu, jika suspek tidak muncul sehingga jam 4 petang hari ini, pihaknya akan menghantar surat ke balai polis Thonglor esok untuk meminta mahkamah segera mengeluarkan waran tangkap.

Pendakwa raya berkata, mereka juga berkemungkinan akan mengekstradisi Worayuth, yang sering memaparkan gaya hidup mewah beliau dalam media sosial sejak beberapa tahun lalu, termasuk kerap ke luar negara.

Peguamnya sebelum ini berkata Worayuth mempunyai urusan perniagaan di United Kingdom (UK) dan tidak dapat kembali ke Bangkok. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here