Keluarga buntu petunjuk

0
58



Banting: “Ibu dan ayah tidak lalu makan kerana rindukan adik (Aishah Natasha) yang masih belum ditemui,” kata Muhammad Azlan Nasaruddin, 26, abang Aishah Natasha, 15, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Jugra, dekat sini, Ahad lalu.

Menurut Muhammad Azlan, keluarganya bimbangkan keselamatan Aishah kerana sehingga kini, tiada sebarang petunjuk dapat mengaitkan kehilangannya.

“Kami sudah melakukan pelbagai cara untuk mengesan adik namun gagal. Apa yang membimbangkan ialah kesihatan kedua orang tua kami,” katanya, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan Aishah gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya melalui pintu belakang.

Ketika itu, ibunya sedang tidur manakala abangnya berada di ruang tamu. Ada jiran memaklumkan mengenai kehadiran teksi eksekutif biru Toyota Innova serta Perodua Myvi putih yang berhenti berhampiran rumah keluarga Aishah ketika kehilangan remaja terbabit.

Bagaimanapun, jiran mereka tidak pasti sama ada Aishah menaiki kenderaan terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here