Keluarga Korea terpisah bertemu

0
197
Advertisement



SOKCHO: Berpuluh-puluh warga emas Korea Selatan menuju ke Korea Utara hari ini buat pertama kalinya untuk bertemu sanak saudara yang terpisah sejak hampir tujuh dekad lalu akibat perang.

Pertemuan semula selama tiga hari, yang pertama selepas tiga tahun itu akan berlangsung di kawasan percutian Gunung Kumgang, Korea Utara.

Pada 1950 hingga 1953, jutaan rakyat Korea terpisah akibat Perang Korea yang diakhiri dengan pemisahan dua semenanjung itu oleh Zon Bebas Tentera.

Sejak 2000, dua negara itu menganjurkan 20 pusingan pertemuan semula, namun bagi sejumlah besar anggota keluarga yang sudah lanjut usia, masa begitu singkat buat mereka.

Lee Keum-seom, 92, menanti pertemuan buat pertama kalinya dengan anak lelakinya sejak terpisah lebih 70 tahun lalu.

Suami dan anak lelakinya yang berusia 4 tahun, terpisah ketika cuba melarikan diri. Hanya Keum-seom dan bayi perempuannya berjaya menaiki feri menuju ke Selatan.

Keum-seom diberitahu, anak lelakinya yang kini berusia 71 tahun akan membawa menantunya bersama ke pertemuan itu.

“Saya tidak pernah menyangka hari ini akan tiba juga. Saya juga tidak tahu dia masih hidup,” katanya.

Sepanjang pertemuan selama tiga hari, peserta hanya diberi masa 11 jam meluangkan waktu bersama di bawah pemerhatian yang sangat ketat oleh ejen Korea Utara.

Konflik Korea Utara-Selatan berakhir dengan gencatan senjata dan bukan perjanjian damai, ini bermakna kedua-dua negara secara teknikalnya masih berperang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here