Keluarga penuntut China hilang di AS tulis surat kepada presiden Donald Trump

0
47

CHICAGO: Bapa pelajar warga China yang hilang di Amerika Syarikat memohon Presiden Donald Trump mengarahkan pihak yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang membantu mencari anak perempuannya, lapor agensi berita China Xinhua.

“Sebagai seorang bapa penyayang kepada anak-anak anda sendiri, pastinya boleh memahami apa yang sedang kami lalui,” kata Zhang Ronggao menerusi surat yang dihantar kepada presiden AS.

Zhang Yingying seorang penuntut sarjana di Universiti Illinois Urbana-Champaign (UIUC), dilaporkan hilang pada 9 Jun.

Beliau berkata adalah menjadi impian Yingying menamatkan pengajian di AS dan kembali ke China untuk menjadi profesor, kata bapanya.

“Kami tidak boleh bayangkan untuk pulang ke China tanpa dia,” katanya.

Kandungan surat dibacakan keluarga Yingying pada satu sidang akhbar semalam.

Pihak keluarga turut menjelaskan penggunaan dana yang dikutip selain ganjaran AS$50,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat di mana Yingying berada.

Yingying kali terakhir dilihat menaiki kereta Saturn Astra dan pemilik kereta Brendt Christensen kemudian ditahan FBI pada 30 Jun.

Christensen dituduh menculik bagaimanapun mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Polis dan FBI percaya Yingying sudah meninggal dunia namun mayatnya gagal ditemui.

UIUC mempunyai penuntut warga China paling ramai iaitu 5,600 orang.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here