Kem kesihatan pantau kes kurma tercemar

0
56



Kementerian Kesihatan memandang serius terhadap berita mengenai buah kurma yang tercemar dengan lipas dan kumbang seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan serta di pintu masuk negara bagi memastikan makanan berkenaan selamat dimakan.

“Di samping itu, KKM ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat.

“Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Noor Hisham, orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Mereka juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here