Kemampuan mengadaptasi perlu untuk kuasai Asia Tenggara – Nazir Razak

0
54
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, berpendapat kekukuhan jenama CIMB di rantau Asia Tenggara adalah kerana kemampuan mereka mengadaptasi terhadap kehendak masyarakat setempat.

Adaptasi itu bukan sahaja memberi identiti kepada sesebuah jenama, tetapi juga turut mendekatkan mereka dengan masyarakat yang akan menentukan sejauh mana kebolehpasaran jenama terbabit.

“Tidak bermakna kami tidak pernah buat silap. Jika anda masih ingat, berlaku sedikit kekecohan apabila maskot kami, Octo, rupa-rupanya perlambangan kepada ahli politik yang terbabit dengan rasuah di Indonesia.

“Tetapi ia satu pembelajaran. Ia membuktikan pentingnya kita membuat kajian dan mengenali siapa yang berurusan dengan kita,” katanya dalam satu sesi forum bertajuk ‘Think ASEAN’ dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke 12 di sini, hari ini.

BACA: Anak muda jangan takut beri pendapat – Anwar

Sidang kemuncak anjuran Kumpulan Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom, berlangsung selama sehari, dan turut membabitkan ahli-ahli panel seperti Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Sim Chee Keong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here