Kembar 8 tahun maut dalam kebakaran dicetus ayah sendiri

0
21

ATHENS: Dua kanak-kanak kembar berusia lapan tahun maut dalam kebakaran di sini apabila terperangkap dalam kebakaran yang dicetuskan ayahnya sendiri, lapor Fox News.

Ayah kanak-kanak itu, seorang anggota tentera udara di Greek, dipercayai membakar unit apartmennya dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan ahli keluarga, terutama sekali bapa tirinya.

Menurut Jabatan Bomba Greece, ayah dan anak-anaknya dijumpai tidak sedarkan diri disebabkan asap yang menyelubungi bilik dan disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.

Polis yang memeriksa apartmen itu berkata mereka terjumpa satu nota pada dinding yang tertera “Saya sudah bosan dengan kamu semua” termasuk beberapa nota yang lain.

Lelaki berusia 43 tahun itu telah bercerai dengan isterinya yang diberi hak jagaan dua anak kembar mereka.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang melawat ayah mereka mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurut polis, lelaki itu dipercayai mengunci pintu bilik anak-anaknya supaya mereka tidak dapat menyelamatkan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here