Kenapa Khazanah melabur dalam syarikat menjual pakaian dalam wanita?

0
320
Advertisement

KUALA LUMPUR: Beberapa pelaburan yang dilakukan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) menuntut kerajaan kini untuk meletakkan kembali syarikat tersebut ke landasan asalnya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata antara tindakan yang menimbulkan persoalan adalah pelaburan ke dalam syarikat penjualan baju dalam wanita atas talian.

“Khazanah perlu berfungsi seperti yang ditetapkan. Perinciannya boleh diberikan sebaik sahaja pengurusan baharu mengambil alih.

“Namun, saya boleh berikan contoh yang menyebabkan kami mempersoalkan tindakan Khazanah.

“Sebagai contoh, Khazanah telah melabur hampir 20 juta USD (RM80 juta) dalam syarikat online retailer yang menjual baju dalam.

“Akhirnya, pelaburan ini terpaksa dihapus kira. Ini adalah contoh yang paling kecil,” katanya.

Azmin turut membangkitkan pelaburan melalui ekuiti persendirian yang dilakukan Khazanah yang menyebabkan dana RM3 bilion terpaksa dihapus kira.

“Ini kerana perbincangan tidak dibuat secara terus dengan bank tetapi hanya melalui ekuiti peribadi yang menyebabkan ia terpaksa dihapus kira,” kata Azmin ketika sesi penggulungannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, contoh-contoh sebegini menuntut kerajaan baharu untuk meletakkan Khazanah di landasan asal untuk memastikan aset strategik negara diuruskan secara bertanggungjawab.

Azmin berkata demikian sebagai respon kepada Datuk Seri Najib Tun Razak (BN – Pekan) yang mempersoalkan apakah sebab Khazanah disifatkan sebagai lari daripada tujuan asalnya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here