Kenapa Ronaldo pindah Juve?

0
209
Advertisement



LONDON: Kadar cukai tinggi di Sepanyol didakwa menjadi satu daripada faktor penyumbang kepada keputusan Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid dan menyertai Juventus, menurut Presiden La Liga, Javier Tebas.

Ronaldo menamatkan sembilan tahun khidmatnya bersama Real selepas bersetuju berhijrah ke juara Serie A itu dengan nilai 112 juta euro (RM529 juta) menerusi perjanjian tempoh kontrak selama empat tahun.

Penyerang Portugal itu sebelum ini menjelaskan faktor memerlukan kitaran baharu dalam kerjayanya menjadi penyebab dia berhijrah dalam kenyataan menerusi laman web Real.

Bagaimanapun, Tebas percaya perpindahan itu turut didorong oleh wang, dengan menyatakan bahawa pemain akan memperoleh lebih banyak di Itali.

“Dia akan mendapat lebih banyak wang di sana,” kata Tebas kepada Marca TV. “Saya fikir polisi kewangan menyebabkan dia ke Itali”.

“Di sini, di Sepanyol, kita mempunyai masalah dengan persaingan fiskal. Dia luar liga yang besar, pemain di Sepanyol berdepan situasi cukai paling teruk.

“Bukan di tempat lain kadar (cukai) jauh lebih rendah, namun apabila anda memperoleh jumlah (wang) yang tinggi, maka perbezaan kecil dalam kadar ini diterjemahkan kepada banyak wang untuk pemain.”

Isu pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali dan penjaring terbanyak Real itu bersama pihak berkuasa cukai Sepanyol dalam beberapa tahun kebelakangan ini dikatakan sebagai faktor keinginannya untuk meninggalkan Madrid.

Ronaldo bagaimanapun menafikan tuduhan penipuan ketika hadir di mahkamah tahun lalu dengan mengatakan: “Saya selalu membayar apa yang saya perlu bayar, Saya melakukan perkara yang betul dan saya akan teruskan.”

Selepas mengulangi hasratnya meninggalkan Madrid apabila menjuarai Liga Juara-Juara baru-baru ini, dia bersetuju membayar sejumlah 18.8 juta euro (RM88 juta) untuk menamatkan kes berkenaan dan kemudian melengkapkan perpindahan ke Juventus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here