Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi

0
158
Advertisement

KUALA LUMPUR: Polisi kerajaan yang mempelbagaikan struktur ekonomi negara ini adalah keputusan yang tepat untuk mengukuhkan sistem kewangan negara, sekali gus memastikan Malaysia dalam landasan yang tepat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Ketua Ketua Penyelidikan Serantau, Asia Tenggara Global Research of Standard Chartered, Edward Lee berkata, dengan mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai, ia mampu menyediakan asas untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil.

“Struktur ekonomi Malaysia sangat pelbagai. Saya rasa ketika harga komoditi di negara ini jatuh, semua orang sangat risau. Tetapi, hakikatnya, ekonomi Malaysia adalah lebih daripada itu, dan mungkin ia sudah bermula sejak bertahun lamanya.

“Memang (sektor) elektronik merupakan sebahagian besar ekonomi negara ini, bukan sahaja komoditi. Tetapi anda harus lihat dari segi eksport, ia sesuatu yang sangat menarik kalau kita lihat destinasi mana yang Malaysia ingin eksport barangannya,” katanya dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini.

Pada Disember tahun lepas, Bank Dunia telah menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia 2017 kepada 5.8 peratus, unjuran pengembangan terbesar tahunan sejak 2014.

Ini akan dipacu pengembangan positif permintaan domestik dan pasaran buruh yang bertambah baik, kata bank dalam laporannya mengenai kedudukan ekonomi Malaysia.

BACA: Unjuran positif untuk 2018 – Johari 

BACA: Bank Dunia semak naik unjuran KDNK Malaysia 2017 kepada 5.8% 

Dalam pada itu, Lee berkata lanjut, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang Malaysia laksanakan sejak 2015 juga merupakan faktor utama yang membantu negara menyerap ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya lagi, memandangkan keuntungan fiscal komoditi semakin tidak stabil, terutamanya harga minyak mentah, GST cukup membantu bukan sahaja dalam menyerap kerugian berkenaan, tetapi ia turut membantu memastikan ekonomi Malaysia kekal kukuh.

“Kita harus faham, daripada pengalaman yang lepas, keuntungan dari komoditi adalah tidak menentu, dan ia turut menyumbang kepada penurunan keuntungan fiskal komoditi, yang dianggarkan hampir RM25 hingga RM30 bilion.

“Tetapi GST banyak membantu, dan pada padangnan saya, ia merupakan aliran pendapatan yang stabil, berbanding dengan pergerakan tidak menentu yang kita dapat lihat dari komoditi,” katanya lagi.

Selain itu, Lee turut menganggap keputusan Malaysia memansuhkan subsidi dalam beberapa sektor tertentu, dan memperkenalkan sistem subsidi bersasar seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah lebih tepat.

Katanya lagi, berdasarkan data yang diperolehi, BR1M lebih banyak membantu meningkatkan kadar kompaun pertumbuhan tahunan (CAGR) golongan B40 dengan lebih pesat, berbanding golongan M40 dan T20.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here