Kepingan dinding pentas tercabut, pementasan Titanic the Musical dihentikan

0
379
Advertisement

PEMENTASAN teater muzikal Titanic di Southampton pada Khamis terpaksa dihentikan apabila kepingan debris jatuh ke atas pentas.

Laporan BBC menyebut, kejadian berlaku sejurus selepas babak kapal itu melanggar ketulan ais, membuatkan ramai penonton menyangka ia sebahagian daripada persembahan.

Secara kebetulan, kejadian berlaku pada malam ulangtahun ke 106 tenggelamnya kapal itu di Lautan Atlantik.

Seorang penonton, Claire Cleaver memberitahu, dia hanya menyedari ia kejadian sebenar selepas kru pentas muncul dan meminta pelakon turun dari pentas.

“Sangat ironik apabila ia berlaku selepas babak itu (kapal melanggar ketulan ais). Ia sebuah persembahan yang bagus, sayang apabila ia terpaksa dihentikan,” kata Cleaver.

BACA: Ulang tahun ke-103:10 fakta anda tidak tahu tentang Titanic

BACA: 20 Tahun Titanic: Pelakon ‘extra’ dibayar RM100 ribu, dan enam lagi fakta menarik

Jurucakap Mayflower Theatre, lokasi pementasan berlangsung memaklumkan, bahagian atas dinding belakang pentas (backstage wall) tercabut, namun ia tidak menyebabkan masalah besar.

“Apapun, kami terpaksa menghentikan persembahan atas faktor keselamatan, dan penonton boleh mendapatkan wang mereka kembali atau membuat penukaran tarikh,” katanya seperti dipetik BBC.

Pementasan itu dijadualkan berjalan seperti biasa hari ni.

Pementasan Titanic the Musical, yang telah memenangi banyak anugerah antaranya Muzikal Terbaik dan Skor Muzik Terbaik di Tony Awards, memulakan pementasan di Southampton pada 12 April lalu dan akan berakhir 21 April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here