Kepulangan Niasse sinar buat Hull

0
97



London: Hull City menerima rangsangan dalam usaha mengelak tersingkir daripada Liga Perdana kelmarin apabila rayuan mereka terhadap penggantungan penyerang Senegal, Oumar Niasse berjaya.

Niasse, yang beraksi secara pinjaman dari Everton, dijadual terlepas tiga aksi berikutnya buat kelab bermasalah Hull selepas secara kontroversi dibuang padang oleh pengadil Robert Madley kerana terjahan ke atas pemain Watford, M’Baye Niang, Sabtu lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu dibuang padang pada babak pertama di Stadium KCOM apabila terjahannya dilihat tidak pun terkena tulang kering Niang.

Hull, yang berada dua mata di atas zon penyingkiran, bagaimanapun menang 2-0 dan mereka mengemukakan rayuan dengan Persatuan Bolasepak (FA) menarik balik keputusan Madley.

Hull dijadual kehilangan khidmat Niasse bagi tiga daripada empat baki aksi mereka musim ini namun kini dia boleh diturunkan menentang Southampton, Sunderland dan Crystal Palace.

Dia sudah menyumbat lima gol dalam 15 penampilan sejak dipinjamkan dari Goodison Park, Januari lalu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here