Keputusan panel siasatan dalaman FGV pada minggu hadapan

0
52

KUALA LUMPUR: Prosiding panel siasatan dalaman ke atas Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) disambung semula hari ini.

FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, berkata panel siasatan dalaman bebas itu dijangka akan mengumumkan keputusannya pada minggu hadapan memandangkan salah seorang anggota panelnya terpaksa berlepas ke luar negara malam ini bagi satu lawatan rasmi.

“Sehingga notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan akan meneruskan cuti,” katanya.

Sementara itu, Datuk Khairil Anuar Haji Aziz akan terus berkhidmat sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab dan Aznur Kama Azmir sebagai Ketua Pegawai Kewangan Interim Kumpulan FGV sehingga pengumuman selanjutnya oleh Lembaga Pengarah.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here