Kerajaan India hapus subsidi haji

0
112
Advertisement

KERAJAAN India mengumumkan untuk menghentikan pemberian subsidi kepada ribuan umat Islam yang mahu menunaikan haji di kota suci Mekah.

Pemansuhan polisi itu merupakan langkah bagi memperkasakan bantuan kepada kumpulan minoriti agar hak mereka terbela di India.

Menteri Hal Ehwal Minoriti, Mukhtar Abbas Naqvi berkata, dana subsidi kini akan digunakan untuk menampung pembiayaan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan dan wanita dari golongan minoriti.

Pemansuhan itu berdasarkan keputusan  Mahkamah Agung pada tahun 2012 yang telah mengarahkan kerajaan untuk mengurangkan subsidi secara beransur-ansur dan memansuhkannya pada tahun 2022.

Malah, langkah itu disambut baik oleh penganut agama Islam di negara tersebut.

Memetik laporan Al Jazeera, Presiden Majlis-e-Mushawarat India Muslim, Navaid Hamid berkata, pemansuhan itu telah lama dinantikan penduduk Islam di India.

‚ÄúSebelum ini, subsidi itu digunakan bagi mengecam umat Islam selain menyebarkan pembohongan bahawa mereka mudah dipergunakan untuk meraih undi,” tambah Hamid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here