Kerajaan kaji pemansuhan kutipan tol yang lain

Kajian berkenaan dengan pemansuhan kutipan tol kini sedang giat dijalankan oleh kerajaan. Ini berikutan permintaan Pejabat Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Selangor untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau sebelum pilihan raya umum ke 13 diadakan.

Pemansuhan Tol

Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, bukan sahaja tol Batu Tiga dan Sungai Rasau sahaja yang akan dituntut, tetapi juga di konsesi lebuh raya yang lain.

Tambah beliau, beberapa konsesi sedang dalam perhatian kerana perkara ini juga telah beberapa kali diperingatkan oleh Perdana Menteri kepada kementerian.

Leave a Comment