Kerajaan minta pembangkang ketengah bukti bertulis hutang negara

0
242
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta pihak pembangkang mengetengahkan bukti bertulis bahawa hutang negara dahulu (1980-1990) lebih banyak daripada sekarang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, bekas timbalan perdana menteri itu menyebut beberapa angka berkaitan hutang negara dengan Jepun antara tahun 80-an dan 90-an.

“Jika Ahli yang Berhormat semak laporan tahunan, didapati hutang tidak lebih daripada RM300 bilion iaitu 27 peratus daripada keluaran dalam negara kasar masa dahulu,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata angka dalam laporan tahunan 1980-1990-an merupakan angka sebenar.

“Kalau Ahli yang Berhormat dapat tunjuk angka yang berlainan, saya amat berterima kasih kerana ia bermakna saya tidak betul.

“Tetapi, saya ada di situ (kerajaan) selama 22 tahun, sedikit sebanyak tahulah angka-angka pertumbuhan, kewangan serta hutang,” katanya.

Ketika itu, Dr Mahathir berkata negara tidak pernah berhutang RM42 bilion dalam satu masa, dan tidak pernah ada hutang lebih RM1 trilion.

Beliau berkata jika ada bukti, ketengahkan, selain menegaskan bahawa negara tidak biasa mendengar perkataan trilion tetapi sekarang hutang negara lebih RM1 trilion.

“Saya tidak tahulah, kalau RM1 trilion itu kurang daripada RM300 bilion (hutang negara ketika itu),” katanya.

— BERNAMA

SHARE
Previous articleAzim puas hati
Next articleKL lepasĀ 3 pemain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here