Kerajaan tak lantik bekas pembantu Trump sebagai pelobi

0
53



Putrajaya menafikan melantik Healy Baumgardner-Nardone, bekas pembantu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melakukan kerja-kerja melobi bagi pihaknya.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, kerajaan mengalu-alukan pihak daripada seluruh dunia sebagai rakan menentang keganasan dan kegiatan melampau.

Bagaimanapun, katanya, Pejabat Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia tidak pernah mengarah, melantik atau memberi kontrak dalam sebarang bentuk kepada Godfrey Group Ltd, Group atau Healy Baumgardner-Nardone.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam berkata, rekod Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan PMO mengupah Healy Baumgardner-Nardone dengan bayaran AS$ 250,000 (RM1.125 juta) pada 19 Mei.

Rafizi membuat semakan itu setelah terdapat laporan sama dibuat oleh sebuah portal berita yang berpangkalan di AS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here