Kerajaan tidak akan beli Proton

0
445
Advertisement

PUTRAJAYA: Kerajaan  tidak berhasrat membeli semula syarikat kereta nasional, Proton Holdings.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Proton kini dimiliki oleh hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary.

“Proton adalah milik Syed Mokhtar. Kalau nak beli balik, itu terpulang kepada beliau. Tetapi kerajaan tidak berhasrat untuk beli balik Proton,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menjual pegangan 49.9 peratus saham kerajaan dalam Proton kepada Geely dari China tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Mahathir memaklumkan, buat masa ini meskipun harga pasaran minyak dunia meningkat namun, kerajaan akan tetap mengekalkan harga semasa petrol di stesen minyak.

Bagaimanapun katanya, kerajaan masih belum membincangkan isu subsidi minyak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here