Kereta api kargo tergelincir di Ohio, bahan kimia berbahaya tertumpah

0
384
Advertisement

ASHLAND: Sebuah kereta api kargo yang membawa bahan berbahaya tergelincir di daerah Ashland, Ohio pada pagi Sabtu.

Menurut pegawai pengurusan kecemasan, insiden ini menyebabkan bahan kimia propana dan zink oksida tertumpah.

Katanya, 14 gerabak kereta api tergelincir pada sekitar jam 3 pagi di laluan 39 berhampiran Loudonville.

Bagaimanapun, pencemaran akibat tumpahan bahan kimia berbahaya itu, terutamanya propana berjaya dikawal pasukan Hazmat.

Ketika kejadian, kereta api yang mempunyai 135 gerabak itu berukuran lebih 1.6 kilometer panjang.

Pihak berkuasa melaporkan, dua pekerja di kereta api tersebut bagaimanapun, selamat tanpa kecederaan.

Insiden ini menyebabkan jalan raya utama antara Perrysville dan Loudonville ditutup bagi operasi pembersihan landasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here