Kereta melambung, terperosok di tingkat dua kediaman

0
14
Advertisement

CALIFORNIA: Dua penumpang sebuah kenderaan nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka melambung ke udara dan terperosok di tingkat dua sebuah bangunan di Santa Ana, California, Amerika Syarikat pada Ahad.

Laporan awal bomba menyebut kereta terbabit telah dipandu laju sebelum merempuh pembahagi jalan dan melambung ke dan terperosok ke tingkat dua sebuah kediaman yang terletak berhampiran jalan utama.

Akibatnya separuh badan kereta terbabit tersepit di antara tingkap di tingkat dua bangunan terbabit.

Hasil rempuhan yang kuat telah berlaku kebakaran kecil pada kenderaan terbabit dan salah seorang penumpang mengalami kecederaan serius.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di hospital.

Siasatan jalan masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here