Kerjasama dakwah

0
64



Shah Alam: Seramai 44 selebriti, blogger, pendakwah serta aktivis bergabung menyokong dan menggerakkan kempen Malaysia #QuranHour yang bakal diadakan pada 24 Ramadan ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) Marhani Yusoff berkata, program itu adalah sambungan sinergi membabitkan penggiat seni dan individu terkenal selepas mendapat kerjasama 11 media dan 30 badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka mempunyai ramai pengikut serta peminat dan boleh berkongsi dalam media sosial untuk mengajak orang ramai sama-sama membabitkan diri mempromosikan serta menyokong Malaysia #QuranHour.

“Mereka boleh tolong uar-uarkan malah terdapat antara mereka mempunyai lebih 15 juta pengikut dan pastinya ada yang tergerak hati untuk menyertainya,” katanya ketika sesi taklimat Sinergi Selebriti untuk #QuranHour di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya yakin sekurang-kurangnya 5,000 individu akan hadir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kelak.

Sementara itu, wanita pertama yang menakluk kutub utara, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata, media sosial serta populariti antara kaedah paling berkesan untuk menarik kehadiran orang ramai terutama peminat.

“Selain itu, saya juga berhasrat membawa kain rentang #QuranHour bersama ke Antartika pada November tahun depan bagi meneruskan sokongan terhadap kempen ini,” katanya.

SHARE
Previous articleHab rujukan koperasi
Next articleUstaz inovatif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here