Kerusi PSM 'makin panas'

0
80
Advertisement



PEMILIHAN jawatan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) semakin ‘panas’ apabila tiga hingga lima individu termasuk muka baharu dan kurang dikenali dicalonkan untuk merebut kerusi sempena Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM), 24 Jun ini.   

Datuk Ahmad Ismail yang dicalonkan semula sebagai presiden bakal dicabar dua calon iaitu timbalannya,

Datuk Akramuddin Abdul Aziz serta Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor, Datuk Markiman Kobiran.

Setiausaha Agung PSM, Datuk Mohd Radzuan Abdullah, mengesahkan pertandingan merebut jawatan kerusi nombor dua juga menyaksikan Akramuddin turut dicalonkan bagi jawatan itu bersama Bendahari PSM, Datuk Abdul Jalil Ariffin serta muka baharu, Syed Araniri Syed Ahmad Al Edroos.

Jawatan Naib Presiden pula menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Setakat ini nama yang dicalonkan ialah Presiden Persatuan Sepaktakraw Sabah, Datuk Awang Sham Amit; Presiden Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Sumali Reduan dan Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Kedah, Syed Husain Syed Abu Bakar al Edroos.

Dua lagi calon ialah Presiden Persatuan Sepaktakraw Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil PSM, Abdul Razak Rahman.

   

“Bagaimanapun, senarai individu yang bakal merebut jawatan tertinggi ini belum muktamad kerana mereka perlu mengisi borang pengesahan penerimaan pencalonan yang akan dihantar mulai esok dan perlu diserahkan semula ke ibu pejabat sebelum jam 5 petang, pada 20 Jun ini.   

“Selepas itu barulah kita boleh tahu siapa akan dicabar oleh siapa,” kata Mohd Radzuan ketika dihubung, hari ini.

Katanya, semua individu yang dicalonkan berhak menolak pencalonan bagi merebut mana-mana jawatan sekiranya mereka tidak berminat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here