Kes Jong-nam: Peguam Botak Chin dilantik pemerhati

0
30



Kedutaan Korea Utara telah melantik Jagjit Singh, peguam yang pernah mewakili penjenayah terkenal Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai ‘Botak Chin’ untuk bertindak sebagai pemerhati dalam perbicaraan kes Kim Jong-nam.

Bercakap kepada pemberita selepas sebutan kes dan pindahan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jagjit berkata, beliau mula berurusan dengan Korea Utara pada 2 Mac yang lalu.

Jelasnya, beliau turut membantu tiga suspek Korea Utara untuk kembali ke negara asal mereka.

“Kami bekerja di belakang tabir, berunding dengan kerajaan bagi pihak mereka untuk menghantar mereka kembali,” katanya.

Tiga warga Korea Utara yang dibantu beliau ialah Ahli Kimia Korea Utara Ri Jong Chol, kakitangan Air Koryo Kim Uk Il dan Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara Hyong Kwan Song.

Hari ini merupakan kali pertama Jagjit muncul di mahkamah untuk mewakili kedutaan berkenaan.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here