Kes Jong-nam: Pembelaan mahu rakaman CCTV 'prank'

0
27



Pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam masih belum melengkapkan dokumentasi penting untuk pihak pembelaan, kata peguam yang mewakili tertuduh-tertuduh.

Gooi Soon Seng, peguam untuk suspek warga Indonesia Siti Aisyah memberitahu Mahkamah Majistret Sepang bahawa ia melibatkan rakaman CCTV prank (mengenakan orang) di lapangan terbang beberapa hari sebelum pembunuhan.

“Pihak pendakwaan mesti memaklumkan pada kami sama ada rakaman CCTV itu dirampas oleh polis atau tidak.

“Jika tidak dirampas, kita boleh berdepan dengan pihak berkuasa lapangan terbang sekali lagi,” kata Gooi.

Katanya, kegagalan berkongsinya dengan pihak pembelaan boleh menjejaskan kes ini.

Siti Aisyah sebelum ini berkata beliau menyangka sedang beraksi prank terhadap Jong-nam.

Dia mendakwa pernah dibayar untuk aksi sama terhadap orang asing di Kuala Lumpur untuk sebuah rancangan TV realiti.

Hisyam Teh Poh Teik, peguam warga Vietnam Doan Thi Huong, turut berkongsi sentimen sama.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad berkata tempoh praperbicraan masih belum tamat dan kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan tarikh perbicaraannya juga belum ditetapkan.

“Saya janji akan bekalkan segalanya secara pukal… Biar kita susun semuanya cantik-cantik dulu,” kata Muhammad Iskandar.

[Baca berita asal]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here