Kes penipuan projek banglo: Pelakon berpangkat Datuk direman lagi

0
93
Advertisement

Seorang pelakon berpangkat Datuk direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.

Pelakon tersebut yang juga Pengarah Urusan sebuah syarikat perumahan, tiba di mahkamah pada 11 pagi semalam dalam keadaan bergari dengan diiringi anggota polis.

Perintah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd Nor selepas dipohon polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Lebih 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan yang membabitkan syarikat pelakon itu diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.

Sebelum ini, pelakon tersebut pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. – Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here