Ketabahan banduan rangkul ijazah MBA

0
91



Fattah A * (bukan nama sebenar) mula memasuki penjara Kajang pada tahun 2001 sebagai seorang remaja.

Beliau menghabiskan masa selama tiga tahun di penjara sebelum disabitkan atas kesalahan dadah yang membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.

Selepas 16 tahun di dalam penjara, Fattah, bersama-sama dengan beberapa banduan Kajang lain, hari ini, menyertai lebih 600 graduan dalam menerima sijil daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Kedua-dua banduan Kajang itu dianugerahkan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

“Pendidikan adalah penting kerana dapat melihat perbezaan dalam diri saya.

“Dahulu, apabila membuat apa-apa keputusan, saya hanya memikirkan kepuasan diri sendiri. Sekarang, saya akan fikirkan akibat ke atas masyarakat,”kata pemuda berusia 30 tahun dari Sabah itu kepada pemberita sebelum majlis konvokesyen (OUM) di Kuala Lumpur, hari ini .

Fattah mendaftar dalam program Sekolah Integriti Kajang dan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2006. Beliau kemudiannya lulus peperiksaan STPM dan menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan – juga melalui OUM.

“Saya akan meneruskan pengajian selagi diberi peluang untuk berbuat demikian.

“Saya bercita-cita untuk terus memperbaiki diri,” kata Fattah, sambil menambah matlamat beliau seterusnya adalah menyambung pengajian ijazah kedoktoran melalui OUM.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here