Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam letak jawatan

0
474
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad, Khairul Kamarudin meletak jawatan pada Jumaat.

Kumpulan perbankan itu berkata beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif unit mereka, iaitu Bank Islam Malaysia Bhd.

“Lembaga Pengarah BIMB Holdings telah memutuskan untuk membentuk jawatankuasa eksekutif lembaga untuk mengawasi operasi sehari-hari,” kata kumpulan perbankan itu melalui satu kenyataan. 

Pada masa sama, Lembaga Pengarah syarikat itu telah melantik Ketua Pegawai Kewangan, Mohd Muazzam Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa serta merta.
 
Pengerusi BIMB Holdings, Tan Sri Ambrin Buang dalam satu kenyataan berkata, lembaga-lembaga BIMB Holdings dan Bank Islam telah menerima peletakan jawatan Khairul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here