Ketua polis didakwa dipenggal masih hidup

0
45



PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte melaksanakan undang-undang tentera selama 60 hari di Mindanao dengan menjadikan kejadian ketua polis Malabang dipenggal militan sebagai alasan namun ketua polis berkenaan masih hidup.

Dalam sidang media yang mendapat perhatian seluruh dunia, Duterte yang mendakwa ketua polis di Malabang ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, berkata: “Mereka memenggal kepalanya si situ.”

Namun, ketua polis itu masih hidup dan Washington Post mendakwa menemuramahnya hari ini.

Associated Press (AP) juga melaporkan ketua polis berkenaan, Romeo Enriquez, hari ini berkata, dia masih hidup.

Menurut Enriquez, mungkin berlaku kekeliruan kerana ketua polis Malabang sebelum ini, pekan dekat Marawi, terbunuh dalam pertempuran Selasa lalu, namun tidak dipenggal kepala.

Enriquez menjadi ketua polis Malabang sejak dua bulan lalu.

Menurut

Menurut Washington Post, dakwaan Presiden Filipina itu merebak pantas dengan banyak media tempatan serta asing melaporkannya sebagai kejadian benar-benar berlaku, sebelum bertukar menjadi ‘laporan belum dapat disahkan’ di media Filipina mengenai pembunuhan itu

Namun kisah pembunuhan ketua polis itu yang disebut Duterte dalam ucapannya membawa kesan besar terhadap keganasan di Marawi, sehingga undang-undang tentera dilaksanakan serta secara tidak langsung memperbesarkan keganasan militan Islam pada mata dunia.

Punca sebenar keganasan di Marawi ialah sepasukan tentera mahu memberkas ketua Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, yang berada di bandar itu untuk rawatan selepas cedera dalam pertempuran.

Menurut AP, pasukan lima anggota tentera dalam operasi itu terkejut apabila puluhan militan tiba-tiba muncul di Marawi bagi melindungi Isnilon dan pertempuran tercetus. Difahamkan lima tentera Filipina itu terbunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here