Keuntungan bersih Axis-REIT dalam suku pertama naik kepada RM31.43 juta

0
233
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) naik kepada RM31.43 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2018 berbanding RM22.65 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Axis-REIT dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata pendapatannya meningkat kepada RM45.09 juta daripada RM42.69 juta.

“Pendapatan bersih yang direalisasi daripada operasi ini adalah berjumlah RM23.69 juta selepas ditolak jumlah perbelanjaan sebanyak RM21.40 juta, di mana RM6.80 juta telah diagihkan untuk perbelanjaan hartanah dan RM14.60 juta lagi bagi perbelanjaan bukan hartanah,” katanya.

Axis-REIT ketika bercakap mengenai prospek, melahirkan keyakinan selepas melihat kepada prestasi portfolio pelaburan sedia ada dan strategi pertumbuhan pengambilalihannya yang amat memuaskan, percaya bahawa ia akan dapat mengekalkan prestasi semasa pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here