Keuntungan Maxis tertinggi dalam tempoh 4 tahun

0
428
Advertisement

KUALA LUMPUR: Maxis Berhad merekodkan prestasi kukuh apabila mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM2.086 juta pada 2017.

Keuntungan paling tinggi dalam tempoh empat tahun itu disumbangkan hasil perkhidmatan yang meningkat secara positif dalam pasaran yang menurun kepada RM8.525 juta daripada RM8.455 juta tahun lalu.

Syarikat telekomunikasi itu mencatatkan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dinormalkan sebanyak RM4.597 juta daripada RM4.502 juta, iaitu peningkatan 2.1 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad, Morten Lundal berkata tahun 2017 merupakan tahun yang kukuh dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan.

“Kami telah menambah bahagian pasaran bagi hasil dan juga keuntungan. Kami membangunkan rangkaian 4G LTE yang tidak dapat ditandingi sebagai rangkaian data terbaik dan terpantas di negara ini.

“Secara keseluruhannya, pelanggan kami menikmati lebih banyak lagi data berkualiti, produk-produk menarik serta sambungan yang hebat.

“Kami amat berbangga kerana telah mencapai kepuasan pelanggan yang paling tinggi pernah direkodkan,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, katanya syarikat itu berada dalam kedudukan yang baik ke arah cita-cita mereka untuk mendigitalkan Maxis sepenuhnya.

Mengikut data, hasil prabayar Maxis merosot sebanyak 3.7 peratus kepada RM3,849 juta pada 2017 berbanding RM3,997 juta tahun 2017 disebabkan asas langganan yang lebih rendah.

Ini berikutan persaingan harga yang agresif, perpindahan pelanggan prabayar ke pascabayar dan penyatuan SIM di pasaran.

Bagaimanapun, langganan Hotlink FAST meningkat kepada lebih daripada 2 juta dengan purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang tinggi dan stabil sebanyak RM43 sebulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here