'Kevin Morais tidak terlibat kes RM2.6 bilion, SRC' – KP SPRM

0
507
Advertisement

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull  menolak tanggapan umum bahawa pembunuhan mendiang Timbalan Pendakwa Raya,  Datuk Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan pasukan pendakwaan dalam kes dana RM2.6 bilion dan skandal SRC International Sdn Bhd mahupun 1MDB.

“Tidak. Tiada apa dilakukannya dalam kes ini,” katanya mengesahkan perkara itu dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebaliknya Mohd Shukri menegaskan, pembunuhan Kevin Morais berkaitan dengan Ketua Patalogi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Dr Kunasegaran yang berdepan dengan tuduhan penyalahgunaan harta serta rasuah.

Sebelum ini, tular media sosial sekeping gambar kertas pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditandatangani oleh Kevin Morais.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here