Khazanah Nasional untung besar bagi tahun 2017

0
56
Advertisement

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) hari ini membentangkan Ulasan Tahunan Khazanah ke-14 (“KAR 2018”), dengan mencatatkan kemajuan berterusan dan prestasi mampan dalam penciptaan nilai jangka panjang dan menjana pulangan kewangan, strategik dan kemasyarakatan. Tan Sri Datuk Wira Azman Hj. Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah berkata: “Kami bersyukur kerana berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh pada 2017, dengan portfolio NWA meningkat 13.2% atau RM13.4 bilion kepada RM115.6 bilion. Ini mewakili pertumbuhan jangka panjang 3.5 kali ganda (atau 9.6% setiap tahun) peningkatan dalam nilai portfolio sejak 2004, dan telah dihasilkan menerusi portfolio perlindungan aset yang terpelihara sebanyak 3.1 kali ganda (aset berbanding liabiliti). Selain itu, PBT melonjak 85% kepada RM2.9 bilion manakala kemajuan baik telah dicapai merangkumi semua aspek mandat kami – strategik, masyarakat dan institusi.”


Sorotan:

  • Portfolio Nilai Bersih Dilaraskan (“NWA”) meningkat sebanyak RM13.4 bilion atau 13.2% kepada kedudukan tertinggi dalam sejarah iaitu RM115.6 bilion pada 2017 (2016: RM102.1 bilion). Penciptaan nilai jangka panjang kekal pada arah aliran meningkat dengan NWA berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (“CAGR”) sebanyak 9.6% setahun, atau 3.5 kali ganda, sejak 14 Mei 2004
  • • Nilai Aset Boleh Direalisasikan (“RAV”) meningkat 8.2% kepada RM157.2 bilion (2016: RM145.3 bilion), manakala lindungan RAV, nisbah kehematan utama meningkat kepada 3.1 kali ganda
  • • Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) belum diaudit  meningkat 84.7% kepada RM2.89 bilion (2016: RM1.57 bilion)
  • • Kemajuan berterusan dalam penciptaan nilai strategik jangka panjang, termasuk pelancaran satu program yang memacu inovasi di syarikat-syarikat milik Khazanah (TIDE) . Tranformasi dan penciptaan nilai yang sedang berjalan telah memberi kesan dalam syarikat-syarikat teras kami dan menjadi pemangkin  pembangunan di peringkat domestik,  manakala pelaburan antarabangsa terutama dalam bidang Teknologi dan di China terus mempamerkan perkembangan menggalakkan.
  • • Prestasi mampan dalam penyampaian nilai kemasyarakatan, dengan peristiwa penting  termasuk RM233.5 juta yang dibelanjakan oleh Khazanah dan Yayasan Hasanah untuk Tanggungjawab Korporat, kemajuan selanjutnya dalam Projek Taman Tugu, pelaksanaan Hari Hasanah dan Program Hasanah Bersama Rakyat.
  • • Kerja penginstitusian berterusan pada 2017, termasuk memperbaiki tadbir urus dan mewujudkan perkongsian antarabangsa untuk standard tadbir urus , melaksanakan pelan penggantian pengurusan dan pembangunan bakat yang berterusan.

PRESTASI KEWANGAN KHAZANAH

Pertumbuhan portfolio Khazanah Nasional diukur oleh Nilai Bersih Dilaraskan (“NWA”) berjumlah RM115.6 bilion pada 31 Disember 2017, meningkat RM13.4 bilion atau 13.2% daripada RM102.1 bilion pada 31 Disember 2016. Sejak 14 Mei 2004, pada permulaan penyusunan semula Khazanah, portfolio NWA telah berkembang pada kadar pertumbuhan purata terkumpul (“CAGR”) sebanyak 9.6% setiap tahun.

PRESTASI STRATEGIK 

Khazanah juga mengambil kesempatan untuk mengetengahkan beberapa program nilai insan yang membantu negara. Program TIDE (Trend, Inovasi, Gangguan, Keusahawanan), yang merupakan program pelbagai tahun untuk terus memacu pertumbuhan dan prestasi syarikat-syarikat pelaburan mereka, dengan mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penerapan inovasi, gangguan dan keusahawanan.

Khazanah turut melancarkan program Khazanah Nasional Entrepreneurship Outreach (“KNEO”) pada 2017. KNEO merupakan inisiatif pencarian bakat keusahawanan dalam kalangan warga Malaysia dan seterusnya memperlengkapkan mereka dengan latihan dan kemahiran industri menerusi beberapa program bootcamp dan accelerator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here