Khieu Samphan dipenjara seumur hidup oleh tribunal Kemboja

0
52
Advertisement


PHNOM PENH: Tribunal yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua pemimpin tertinggi Khmer Rouge atas tuduhan jenayah peperangan berikutan peranan mereka dalam keganasan negara berkenaan pada 1970-an.

Keputusan bersejarah itu diumumkan hari ini terhadap Khieu Samphan, bekas pemimpin negara berkenaan yang berusia 83 tahun dan Nuon Chea, orang kanannya yang berusia 88 tahun.

Kedua-dua mereka, dalam keadaan kesihatan yang tidak memuaskan, menafikan melakukan kesalahan.

Tuduhan ditumpukan kepada perpindahan berjuta-juta orang dari bandar Kemboja dan tapak hukuman di barat daya di mana beribu-ribu orang ditembak dan dikebumi dalam kubur secara beramai-ramai.

Kira-kira 1.7 juta orang maut di bawah pemerintahan mereka antara 1975 hingga 1979 akibat kebuluran, tidak mendapat rawatan perubatan, lebihan bekerja dan dibunuh. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here