Khloe Kardashian dedah nama anak

0
138
Advertisement

BINTANG reality Khloe Kardashian nampaknya meneruskan tradisi keluarganya dengan memilih nama lain daripada yang lain untuk anak perempuannya.

Dalam entri terbarunya di Instagram, Khloe mengumumkan kepada pengikutnya bahawa nama ‘True Thompson’ dipilih untuk anak hasil hubungan dengan teman lelakinya, Tristan Thompson.

Ramai mengetahui True lahir ketika hubungan Khloe dan Tristan sedang goyah dilanda laporan skandal Tristan.

Rata-rata netizen menganggap nama True dipilih sebagai sinikal kepada perlakuan Tristan yang curang kepada Khloe ketika dia hamil.

Bagaimanapun, Ibunya, Kris Jenner dalam post terbaru di Instagramnya berkata bahawa nama True adalah bersempena nama bapa dan datuk Kris.

Terdahulu, adik tiri Khloe, Kylie Jenner menamakan anaknya perempuannya Stormi, manakala Kim Kardashian memilih North, Saint dan Chicago untuk anak masing-masing. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here