Kim Kardashian dan Kanye tak pandang jutaan dolar, enggan dedah bayi ketiga

0
52
Advertisement

SELEBRITI dan bintang realiti antatrabangsa Kim Kardashian dan ‘rapper’ Kanye West ternyata tidak mudah digoda dengan tawaran jutaan dolar semata-mata untuk mendedahkan gambar pertama anak ketiga mereka yang baharu lahir.

Sekurang-kurangnya, buat masa ini semua tawaran itu ditolak..

Menurut portal hiburan TMZ, sumbernya berkata beberapa laman web dan majalah sudah memulakan tawaran itu sejak beberapa bulan yang lalu.

Kesemua tawaran itu berjumlah tidak kurang dari AS$1 juta dan ada beberapa media yang menawarkan antara AS$2 juta dan AS$5 juta.

Tawaran-tawaran tersebut tidak pernah dilayan dan ditolak dengan segera.

Kim dan Kanye berkata mereka tidak akan mengambil duit untuk gambar pertama bayi mereka kerana ini bertentangan dengan pendirian moral pasangan itu.

Buat ketika ini, Kim dan Kanye mengetatkan sekuriti dan keselamatan bayi mereka untuk memastikan tiada pihak yang akan mendapat peluang mengambil gambar anak ketiga keluarga West itu.

Kim dan Kanye hanya akan mengeluarkan gambar bayi mereka selepas dua bulan seperti yang dilakukan untuk North West dan Saint West.

Oleh itu, jika anda teringin melihat bayi ketiga Kim jangan lupa singgah ke laman instagramnya pada bulan Mac nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here