Kim raih gelaran sulung Jelajah PGA

0
67
Advertisement



MICHAEL Kim memenangi gelaran sulung kejohanan Jelajah PGA dan jaminan penyertaan ke Terbuka British selepas menjuarai cabaran John Deere Classic, di sini, semalam.

Kim, 25, melengkapkan sambutan hari jadinya selepas merakam lima pukulan bawah par 66 di pusingan terakhir berlangsung di lapangan TPC Deere dekat Silvis, Illinois.

Kehebatan permainan Kim menyaksikan dia mencatat purata 60 pukulan di setiap pusingan dan akhirnya mencatat rekod kejohanan berkenaan selepas merakam 27 bawah par 257 keseluruhan.

Pencabar dari Itali, Francesco Molinari (64) dan diikuti pemain tuan rumah, Joel Dahmen (65), Sam Ryder (66) dan Bronson Burgoon (69) yang masing-masing berkongsi catatan 265.

“Saya baru mendapat permulaan yang menakjubkan, saya amat bangga dengan kejayaan ini,” kata Kim kepada Radio PGA.

Kejayaan itu membolehkannya meneruskan cabaran di Terbuka British yang berlangsung di Carnoustie Scotland, bermula Khamis ini.

Pada kejohanan Terbuka AS pada 2013, Kim yang ketika itu pemain amatur berjaya menamatkan cabaran di kedudukan ke-17 dan lebih mengejutkan, pada akhir tahun itu juga dia muncul sebagai Pemain Harapan Terbaik AS.

Kim, yang menyertai kejohanan Jelajah PGA sepenuh masa mulai 2016, memulakan pusingan pertama dengan mendahului pencabar lain dengan lima pukulan dan meneruskan kehebatan itu pada Sabtu hingga penamat semalam.

“Saya tidak lena tidur malam tadi. Saya mungkin terlalu memikirkan banyak perkara,” katanya.

“Satu daripadanya ialah apa akan terjadi jika saya tercicir selepas mendahului dua pusingan, saya juga ada memikirkan supaya tidak memandang mudah pencabar lain yang semuanya hebat.”

Kim, dengan ranking terbaiknya di kedudukan 473 dunia pada permulaan minggu ketika musim sulung pada 2016 pernah berkongsi di tempat ketiga di Terbuka Safeway dan sejak pencapaian itu sentuhannya kian sempurna sehingga kini.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here