Kita belum sedia lagi: Tunku Imran

0
68
Advertisement



KUALA LUMPUR: Malaysia belum bersedia menjadi tuan rumah edisi Komanwel 2026, kata bekas presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar.

Beliau berkata kini, untuk menjadi tuan rumah bagi temasya yang berlangsung setiap empat tahun itu sudah menjadi agak mahal bagi banyak negara.

“Tuan rumah bagi Sukan Komanwel, seperti yang diketahui akan datang (2022) ialah di Birmingham dan bagi edisi 2026 masih dalam rundingan.

“Saya tidak fikir kerajaan bersedia untuk itu dan saya tidak pasti jika mereka melihat kepada terma dan syarat, tentunya ia tidak akan menarik perhatian mereka lagi,” katanya kepada Bernama.

Untuk rekod, Tunku Imran pernah berkata Malaysia mampu menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 tetapi semuanya bergantung kepada sama ada wujud keazaman politik untuk menganjurkannya.

Malaysia pertama kali menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here