"Kita enjoy dulu!" – Anzalna jawab soal anak

0
19

PELAKON Anzalna Nasir tidak tertekan ketika ditanya tentang zuriat, malah bintang drama “Dendam Aurora” itu percaya orang sudah jemu bertanyakan soalan sama setiap kali berjumpa dengannya.

Jelas Anzalna, 29, dia dan suaminya, Hanif Zaki tidak terlalu tertekan memikirkan soal anak sebaliknya memberikan masa untuk mereka menikmati hidup berdua.

“Saya gembira dengan hidup saya, pendek kata hari-hari kami boleh honeymoon dan tiada apa yang perlu dipeningkan.

“Orang sebenarnya sudah jemu bertanyakan soalan sama kepada saya, cuma bagi saya selagi usia perkahwinan belum memasuki angka 10 tahun, saya tidak rasa tertekan pun.

“Kami baru lagi berkahwin dan kedua-dua belah keluarga pun menyarankan kami ‘enjoy‘ dahulu, pergi melancong dan nikmati masa berdua,” katanya kepada Astro Gempak.

Anzalna dan Hanif telah mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Dalam perkembangan lain, Anzalna baru melancarkan produk penjagaan wajah Bye Bye Zits berkolaborasi dengan produser Global Station Sdn Bhd, Adila dan Alia Ramly.

Menjelang cuti persekolahan pada hujung tahun ini, Anzalna merancang untuk melancong ke Jepun bersama keluarganya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @anzalnanasir88

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here