"Kita tidak meminta ini berlaku" – Pengetua Tahfiz Al-Hasimi

0
289
Advertisement



KUALA LUMPUR: “Kita tidak meminta ini berlaku.”

Itu adalah keluhan sedih Pengetua Tahfiz Al-Hasimi, Mohammad Azam Omizi yang memberi reaksi kepada kejadian van terbabas di Kuala Krai, Kelantan, yang meragut nyawa enam orang pelajar Tahfiz tersebut.

Beliau berkata kejadian itu boleh dijadikan peringatan kepada tahfiz-tahfiz yang lain bahawa persiapan keselamatan adalah penting dan keselamatan pelajar perlu sentiasa diutamakan.

Mohammad Azam berkata hubungan guru dan pelajar di tahfiz tersebut cukup rapat kerana tahfiz tersebut diterhadkan kepada 63 orang dan semua pelajar ditanggung sepenuhnya.

Katanya, beliau telah bertemu dengan dua uztaz yang terselamat dalam kejadian tersebut.

“Saya dah bertemu dengan seorang uztaz di Hospital Kuala krai dan seorang lagi di Hospital Machang.

Mereka tidak cerita banyak. Hanya meminta maaf banyak-banyak dan mohon minta doa supaya yang lain itu semuanya selamat,” ceritanya kepada Astro AWANI.

Dalam kejadian malang itu, sebuah van yang membawa pelajar dan tenaga pengajar Tahfiz Al-Hashimi terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi itu, enam mangsa dilaporkan maut sementara enam lagi cedera.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.45 pagi.

Sebaik pihak Bomba tiba di lokasi kejadian, sembilan mangsa sudah dikeluarkan orang awam sementara lima lagi masih tersebit di dalam kenderaan yang remuk itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here