#Kitalawan: 6 termasuk 2 ADUN dibebaskan

0
38



Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membebaskan dua wakil rakyat Perak dan empat yang lain atas tuduhan menghalang anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika bantahan #Kitalawan, pada bulan Mac 2015.

Majistret Nur A’Minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu selepas mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, hari ini.

Dalam membuat keputusan untuk membebaskan enam tertuduh, Nur A’Minahtul Mardiah berkata pihak pembelaan berjaya mengemukakan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing dan ADUN Teja Chang Lih Kang, bersama-sama dengan Chee Chu Sang, N Tamilarason, Yong Ming Chong dan Gan Zhi Mou didakwa menghalang Mohd Haryadi Mohd Nor dan pasukannya daripada menjalankan tugas mereka pada 30 Mac 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz manakala Eric Paulsen, Melissa Sasi Daran dan Mohd Haijan Omar adalah peguam semua tertuduh.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here